...Hari last Syawal.
Aku tak perasan kalau hari ini hari terakhir bulan Syawal. Kalau tak kerana dapat sms dari mobile provider aku (yang popular betul dengan huruf 'X' tu, ape.. cap palang ke?), aku tak tau pun. Terlampau sibuk kerja gamaknye...
Apa pun, tahun ni Raya memang meriah. Almaklum tahun pertama merayakan di rumah baru. Ehm.. pening kepala Amir bila aku mula 'meracau' nak beli langsir baru... carpet baru... baju baru.. :P... Itu la kaum Hawa, mudah di'perdaya' dengan jualan Hari Raya.
Dan Aidilfitri ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya, ialah waktu untuk bersedia dengan soalan-soalan cepu emas / perak / gangsa (potong yang mana tak berkenaan) daripada saudara-mara yang tak ada soalan lain nak tanya. Soalan apa?
(1) Bila nak kawin? - bagi yang bujang...
(2) Bila nak beranak ni..? - bagi yang dah kawin tapi tak ada anak..
...dan bila soalan (1) dan (2) dah tak valid (sebab dah ada anak ni, ingatkan dah selamat dah..), ditanya pulak bila nak tambah lagi!
Awal perkahwinan, aku tersipu2 malu nak jawab.."Nanti la.. belum ada rezeki..". Tapi bila dah masuk tahun ke-3 perkahwinan, Amir dah start dengan jawapan 18SX - buku *** tebal, baru sampai muka surat kata-kata aluan! Aku? High-five dengan laki aku la... :P.
Dan seperti juga musim2 Aidilfitri merangkap cuti persekolahan hujung tahun, pastinya banyak kenduri kendara yang dikunjungi. Tahun ni saja aku punya schedule tiap-tiap minggu. Maklumlah, 25 tahun memang umur yang paling 'seswai' nak merasmikan masjid...
So some important notes bila nak pergi kenduri kahwin (and I know you guys know this too...):
(1) "Abang, saya tak ada baju nak pergi kenduri..."
Bila pernyataan ini dikeluarkan oleh isteri, jangan sekali2 menjawab begini...
"...abang confuse le. Bukan ke baju awak ada satu almari tu?" sambil buat muka confuse / muka toya. Jawapan ini bakal mengundang malapetaka. Sama ada dalam bentuk perlakuan (sediakan kayu pengukur untuk mengukur kadar pemanjangan bibir isteri anda) atau dari segi perkataan (sediakan kapas penutup telinga kerana anda terpaksa mendengar 'syarahan' pasangan anda). Jawapan yang terbaik :
...mengangguk kan kepala sambil mendiamkan diri (diam tanda setuju!) Dan sediakan bajet secukupnya. :)...
(2) "Nak beli hadiah apa?"
Biasalah, nama pun hadiah kahwin. Anda boleh memilih untuk bertanya kepada pengantin secara terus, ataupun mencongak-congak sendiri apa yang patut diberi. Tapi aku sarankan, tanya ajela pengantin. Tak adalah pengantin buka rumah baru macam nak bukak gudang pinggan mangkuk (balik2 cawan, pinggan, cawan, pinggan, up sikit dapatle punch bowl. Hm).
(3) "Nak konvoi?"
Hah, sila berhati-hati bila geng-geng lain ajak konvoi. Kalau boleh, buat background check. Geng ni stok datang on-time ke (datang sharp, bagus ni), jenis yang nak buat grand entrance ke(datang saing pengantin berarak masuk, VIP style), ataupun yang redha nak menolong mencuci periuk pengantin. Kalau jenis yang suka gotong-royong cuci periuk, mintak maaf la, sila la pergi sendiri. Silap-silap kita pun ikut menyinsing lengan tolong mencuci!
(4)"Ish.. ape pasal..."
Kalau anda nak bercerita pasal majlis pengantin atau pun pengantin sendiri, sila lakukan dalam kereta (masa nak balik), ataupun bila dah sampai ke rumah. Aku pernah terlepas cakap memangkah solekan pengantin di depan mak andam (mana la aku tau mak andam tu dia!) tak elok tu.. Lebih baik, simpan aje la buat pengajaran di majlis sendiri... he he he..
(5)"Sedapnya..."
Ye. Bersedia untuk makan nasik beriani / nasik minyak mungkin beberapa kali sehari. Kalau ada lebih dari satu kenduri, berpada-pada la bila mencedok nasi! Silap-silap kita yang tak boleh berdiri, tapi kena berlari (lari ke mana lagi, ke "bilik menyendiri" la..)
(6)"Nak ambik gamba dengan pengantin.. tapi.."
Payah kan? Tengah2 peak hour, itu la masa jurugambar nak sibuk suruh mempelai beraksi. Kita ni nak ajak pengantin mengabadi memori, dia sibuk nak jadi juruaksi. Pada aku, kalau mampu sikit, amik pakej studio. Hah, nak peluk pinggang, nak pandang2, nak baring2.. ambik la masa sendiri. Tak adalah tetamu menanti. Hehe...
Itu la antara tips-tips berguna(?) buat teman2 dalam mengharungi musim-musim kenduri kahwin ni... Selamat mencuba! :P