"Mengapa aku yang terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini...
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas rimas Aku rimas"
Tetiba rasa sentimental pulak pagi ni. Thank you Amir for the song.. rajin nya tolong carikan mp3...
Lagu ni mengingatkan aku pada aku punya sejarah lama. Benci betul. Tapi aku suka layan.
Tipu la aku kalau aku kata aku tak pernah termenung fikir kalau la aku tak end up kawin dengan Amir. Kawin dengan H, M, N, Z, B... etc. Wo, boleh lengkap satu ABC nampak gaya. Puas aku try bercinta sampai huruf Z, last last kawin dengan A. Kalau la aku tau.
Dulu zaman bercinta masa sekolah, aku selalu simpan azam utk kawin dengan boyfren aku masa tu. Wah, galak sungguh. Ye la, mana la tau. Walaupun berjauhan, aku kat Seremban, member tu kat Batu Pahat, sanggup tunggu tu. Surat? 4 pucuk. Semua tak berbalas. Walaupun dia tinggal di atas Pejabat Pos (Betul! Bapak dia Post Master). Tau tau dia tinggalkan aku untuk another girl. Perit betul. Masa tu rasa tak best, sebab aku rasa dia tak gentleman. Nak putus bagitau la.
And bila kat Uni, one after another, none of them works for me. I don't know what am I looking for. The same look? The same feel? The same.. touch? (Hahha eh I am innocent, tak pegang tangan...) Mungkin aku terlampau idealistik. Semuanya perlu sempurna.
Which reminds me of this phrase "Sekiranya kita tidak mencari kesempurnaan dalam rumahtangga, maka sempurnalah rumahtangga itu.." Hm...
Berbalik kepada keperitan ditinggalkan bekas kekasih (ehm), kadang2 aku dihantui jugak dengan rasa tak best tu. Rasa macam...unfinished business. Rasa macam ada sesuatu yang aku tak settlekan. And perasaan tu macam hanging macam tu je. Mungkin aku mengharapkan bahawa ada closure untuk hubungan aku yang terdahulu. Mungkin juga aku ingin menyatakan bahawa aku pernah menyayangi dia sepenuh hati dan aku benci disia siakan begitu sahaja? Mungkin juga kerana aku ingin menyatakan bahawa kenangan yang ditinggalkan terlampau indah sehinggakan ia menyakitkan?
(Ada butang delete tak kat otak ni?)
So bila aku ingat balik, tak mungkin aku boleh survive all those relationships in the first place. I put a standard to all my next relationships that it slowly kills them all. But with Amir, I know I don't need those standards anymore.
Now, he SETS the standards... and live it. :)