...Lost in You?

Sunday, September 2, 2007

...Semalam aku pi dating dengan Amir. Tup tup sebaik sahaja aku keluar gate, aku dapat SMS...

"As, kau tak balik ke? Abah tengah upset tu. Agaknya dia rasa tak ada orang visit dia kot. Kami ni abah tak hairan dah. Kalau kau balik mesti abah hepi kot?"

Hm.

Aku tak reply sms kakak aku. Aku delete terus.

Okey.. so aku ni anak "bertuah" ni. Kakak suruh balik rumah buat - buat tak reti pulak. Tapi dengar la dulu side aku.

Visiting parents has been a bargaining tool between aku and Amir. Amir might not know it, but aku cuba kurangkan visit aku ke parents aku sebab aku sendiri tak berapa rajin nak balik ke rumah in-laws aku. Sebab pernah sekali dia suarakan ketidakpuasan hati dia sebab "balik balik ke Klang.. balik balik ke Klang". So there.

Aku ni liat sikit nak balik ke Cheras. Sebab aku selalunya mati kutu. Balik2 aku tengok TV. Macam la kat rumah sendiri tak ada TV. Hm.

Kenapa visit in-laws jadi macam stigma? Adakah kerana tidak ada keserasian? Aku pun tak boleh jawab. Sebab aku dah 3 tahun kahwin dengan Amir. Patutnya dah ok la kan? Heh, tidak juga...

Aku antara yang tidak tinggal dengan in-laws aku lepas kahwin. Berbanding kawan kawan sebaya yang lain, aku tinggal dengan mak ayah aku sendiri. Then baru pindah rumah sendiri. So stigma duduk dengan mentua tu tak pernah la aku rasa. Tapi bila kadang2 aku balik rumah in-laws aku, aku admit aku memang tak boleh masuk. Nak cerita pasal jiran2 seblah rumah dia, aku haram tak kenal. Cerita pasal sedara-mara, aku jumpa pun selang setahun raya. Ayah mentua aku pulak nak bersembang pasal company yang aku kerja sekarang ni, tapi semuanya cerita yang menggerunkan aku. Nak membantu kat dapur, aku tau cuci pinggan je. Mengemas? Setiap kali aku mengemas, ada saja barang bapak mentua aku, aku buang. Kesian. Memasak? Tak biasa. Karang lagi lambat kerja mak mentua aku.(Kat rumah yang memasak bukan aku, tapi Amir. Foul kan?) Then ada pulak trauma tu. Awal2 aku kawin aku cuba buat sambal, kena pangkah dengan makcik2 dia. Sorry la aku nak cuba lagi.

Pasal in-laws ni, aku respect Amir. Sebab dengan family aku, dia tak de hal punya. Sembang dengan abah? Bapak aku dok ulang cerita sama sampai aku naik hafal, tapi Amir layan baikk punya, macam tak pernah dengar. Pastu mak aku tu satu hal lagi la kan, arahan punya la banyak - "Amir pi kedai kejap, Amir buat tu jap, Amir jemput adik jap.." etc. Endless. Eh, dia buat juge... wa respek lu la brader...

Aku nak tau jugak, antara yang membaca ni, pengalaman korang camne... :P
0 Comments:
Post a Comment
Home
...Friendly Fire...
...the art of matchmaking.
...Bintang bintang berkelipan...
...Hari ni ke Phuket!
...Frenz...
...Jealousy is thy green eyed monster...
...Lari Lari Lari...
Family first?
..renjis renjis di pilis.. :P
Psychological rant of a psycho Salesperson...
My Web Photo Journal
Aumi's Fotopages
2a interactive
AhsueZ from the Blog
bzz
hyunck
Kondak
Bloggatastic means "blog that is fantastic". Or "fantastic blog". So, it should be fantastic. Haha.
 
Note: This blog will look like crap if you open it using Internet Explorer. Please use Firefox (a.k.a. Mozilla Firefox) to see correctly. Click the button below to get it:-
RSS