...Baju oh baju~!

Tuesday, October 2, 2007

Kat rumah. EL.

Hari ni aku buat closet cleanup.

Dah 3 bulan aku tak jengah baju aku kat dalam almari. Teruk kan? Aku dok sumbat masuk almari lepas tu tutup. Tak tengok dah. Sampailah ke hari ni, sebab aku panggil orang utk pasang kipas kat bedroom aku... so kena la kemas sikit.. dari kemas sikit sampai terkemas satu bilik.. hahahahaha....

Anyway, bila aku evaluate balik baju2 aku.. maka ini lah hasilnya:

1) Baju yang aku memang selalu pakai
2) Baju yang aku jarang pakai, pakai bila kenduri kawin sahaja
3) Baju yang aku beli pakai sekali
4) Baju yang membuatkan aku berkata "What the hell was I thinking?"
5) Baju yang dah 3 tahun aku tak sarung ke badan.

Dalam banyak2 baju, paling tinggi ialah yang no. (4), diikuti dengan no. (5). The rest lebih kurang le. Sama banyak.

Setiap hari nak pergi kerja, dialog aku tetap sama:
"Tak ada baju la."

Lepas tu Amir dengan peliknya akan tanya:
"Yang satu almari tu apa?"

Aku pun jawab le:
"Tak lah, itu semua dah pakai banyak kali."

Sounds familiar? Heh.

Bila dah susun semua baju aku elok2, baru la aku perasan, aku ni sebenarnya sangat boros. Aku akan beli barang tanpa berfikir. So siapa2 nak racun aku pasal membeli baju (dan kasut, oh handbag sekali) aku la mangsa yang paling mudah. Ha, tapi tang beli barang lain aku liat. Sebagai contoh, barang direct selling.. baik aku beli baju lagi. Hahahahaha...

So sekarang ni aku ada satu kotak baju yang aku tak tahu nak buat apa. Nak donate, aku segan, almaklumlah ada yang dah lusuh. And dah tak fashionable pun. Last season punya trend. Gampang betul. :P

Baru je semalam aku menambah koleksi baju kurung aku. Oh ada satu lagi skirt. Alahai...

Bila aku compare nisbah baju aku dengan Amir, aku 1 1/2 almari, dia punya 1/2 aje. Kesian...

So kerana aku telah di tazkirahkan oleh Amir pagi tadi, aku pun suruh la Amir ambik gambar almari aku tu dan print. Bila aku terasa nak beli baju, dia akan tunjuk kan keadaan almari baju aku supaya aku berfikir 2-3 kali. Hm, betul ke strategi? Silap silap aku plan nak tambah almari lagi... haru...

Bukan aku seorang je ada masalah ni, kakak kakak aku semuanya serupa. Kakak sulung aku perlukan 2 almari 4 pintu untuk baju dia dan baju husband dia. Kakak yang nombor dua, baju dia ada 2 almari dan satu lagi kat rumah mak aku. Yang no. 3 aku tak check. So aku pulak dah berkotak2. Does it runs in the family? Hm... I don't know.. maybe.. :P

Yang pasti aku mesti beli baju lagi~!
0 Comments:
Post a Comment
Home
...balik kampung...
...kabinet dapur pun boleh buat citer...
...I am always with you...
...tiru macam saya.. :P
...Lost in You?
...Friendly Fire...
...the art of matchmaking.
...Bintang bintang berkelipan...
...Hari ni ke Phuket!
...Frenz...
My Web Photo Journal
Aumi's Fotopages
2a interactive
AhsueZ from the Blog
bzz
hyunck
Kondak
Bloggatastic means "blog that is fantastic". Or "fantastic blog". So, it should be fantastic. Haha.
 
Note: This blog will look like crap if you open it using Internet Explorer. Please use Firefox (a.k.a. Mozilla Firefox) to see correctly. Click the button below to get it:-
RSS