...balik kampung...

Monday, October 1, 2007

...ngantuk plus lapar...

Hai... hari raya nak dekat. Shopping tak sudah lagi. Busy memanjang. Tunggu weekend banyak pulak aktiviti yang nak dibuat. Letih.

Tahun ni turn aku beraya kat Johor. Actually tiap2 tahun aku tak pernah miss pun balik Johor. Kalaupun turn aku balik Perak, sampai ke KL aku terus akan ke Johor. Ada hiway PLUS kan? Tekan aje la. Duit minyak and tol? Not an issue.

Tiba-tiba Amir cakap dengan aku rasa nak balik Perak pulak.

Hm. Termenung panjang juga aku kalau fikir balik. Bukan aku tak nak balik, tapi aku malas nak balik. Sebab mood aku memang dah set nak balik Johor. Jumpa macik macik aku yang Jawa belaka tu. Heh.

Dalam setahun memang sekali ajelah aku balik Johor. Kecuali kalau ada kenduri kawin aku akan ke sana jugak. Sama la kalau ke Perak.

Kalau yang baca ni mesti akan ingat aku tak fair. Sebab tiap2 tahun aku balik ke Johor ape? Tapi entahlah. Malas. Memang interesting balik kampung belah Perak tu, semuanya lain dari keadaan raya kat kampung sendiri. Tapi tahun lepas aku beraya kat Perak tak best. Mak mentua aku migrain sebab makan lemang. Satu pagi tak berjalan sebab tunggu mak mentua aku recover. Salam raya pun tak ada. Tak rasa macam raya pun.

Tahun ni pulak ada sorang isteri sepupu Amir tu mengandung dengan jayanya sebaik sahaja kawin last year. Ah, sure kena tanya. Boring betul. Aku pun satu, sebab jarang balik, tak ada lah mesra sangat nak bersembang. Setakat beraya aje lah.

Kalau balik raya Johor best, sebab aku masa kecik duduk dengan macik2 aku. Manja lagi. Seronok kena peluk cium dengan macik macik aku. Terasa macam masa aku sekolah dulu. Hehe...

Kesimpulannya, aku malas nak balik Perak tahun ni. Tapi sebab nak menjaga hati, kena balik gamaknye. Adehh malas malassss~!
0 Comments:
Post a Comment
Home
...kabinet dapur pun boleh buat citer...
...I am always with you...
...tiru macam saya.. :P
...Lost in You?
...Friendly Fire...
...the art of matchmaking.
...Bintang bintang berkelipan...
...Hari ni ke Phuket!
...Frenz...
...Jealousy is thy green eyed monster...
My Web Photo Journal
Aumi's Fotopages
2a interactive
AhsueZ from the Blog
bzz
hyunck
Kondak
Bloggatastic means "blog that is fantastic". Or "fantastic blog". So, it should be fantastic. Haha.
 
Note: This blog will look like crap if you open it using Internet Explorer. Please use Firefox (a.k.a. Mozilla Firefox) to see correctly. Click the button below to get it:-
RSS