...hari lepak...

Thursday, October 4, 2007

Best betul hari ni.

Mana taknya, site survey depan rumah! Kena pulak hari Jumaat. Lepas site survey aku terus balik... tapi lepas ni nak kena keluar balik sebab ada 2nd site survey, kali ni kat depan Sunway Pyramid.. nyehhh.. gumbire betul.

Anyway, hari ni aku pelik, 3 orang telefon aku (kebetulan) tanya pasal translation. Memula customer aku tanya - "Toll Fraud" dalam Bahasa Melayu ape? Aku pun tak tahu. Pemalsuan? Penipuan? Penyalahgunaan? Last last dia cakap dengan aku, dia letak dalam pengikat kata. Hahahaha.. kesian..

Then Wani call, "Closed Sale" dalam Bahasa Melayu ape? Takkan la jualan tertutup? Itu direct translation. Aku pun tak sure.

Setengah jam lepas tu, member aku kat Cyberjaya call, suruh aku tolong checkkan english dia dalam email.

So hari ni aku menjadi kamus bergerak sekejap, waima ada gagal sikit. Yelah, Bahasa Melayu aku sucks. Kalau suruh aku taip surat rasmi Bahasa aku mesti terkial kial. Punya lah. Nak kata terel cakap omputeh pun aku rasa berselirat lagi lidah aku. Heh.

Mengantuk la pulak.

Aku rasa hari ni pakcik Access Network tu perli aku lah. Dia ingat aku tak faham ye istilah2 yang dia gunapakai. Eleh, kalau setakat nak citer pasal minimux ke, fiber ke, conduit ke, trunking ke...earthing ke.. ingat aku bodo? Dah berapa kali aku turun buat infra checking. Setakat nak install minimux dengan tarik fiber cable tu aku faham le. MDF? Riser? Kalau keje company aku ni, tatau MDF tu ape, baik balik kampung tanam ganja la.

Tapi takleh jugak la kan, hari tu Amir tanya aku DEL tu ape. Aku kenching pun dia caye. Kesian... aku cakap mende alah yang macam torpedo tepi jalan tu DEL. Hahahahha... utk makluman, DEL itu adalah Direct Exchange Line, ataupun telefon rumah korang yang company aku bekalkan tu. Yang torpedo tepi jalan tu DP. Hah, DP tu ape? Hahahahaha...pi tanam ganja. Malas aku nak citer.

Tu lah. Aku rasa orang underestimate aku sebab aku pakai mekap kot? Pakai baju lawa2... lepas tu aku muda lagi. Nampak cam naiffff je... ah lantak le.

Itu satu. Satu lagi sebab aku ni nampak cam budak skolah agaknye. Citer masa buka puasa kat Felda. Tengah beratur ambik kambing panggang ni. Aku tengok mamat depan aku ni chef tu cedok kan banyak jugak, sampai turn aku, lehaiii.. ciput je bagi! Aku nak sound, belakang aku ramai lagi. Alah, halal le, dah rezeki aku dapat sikit... tapi geram le jugak...takpe...

Ape pun, don't judge the book by it's cover. Walaupun aku nampak muda tapi jangan la perli and gelakkan aku dalam meeting.

Oh, satu lagi, walaupun aku kurus, aku kuat makan daging kambing ye?
0 Comments:
Post a Comment
Home
...nak anak ke tak nak anak? :P
...Baju oh baju~!
...balik kampung...
...kabinet dapur pun boleh buat citer...
...I am always with you...
...tiru macam saya.. :P
...Lost in You?
...Friendly Fire...
...the art of matchmaking.
...Bintang bintang berkelipan...
My Web Photo Journal
Aumi's Fotopages
2a interactive
AhsueZ from the Blog
bzz
hyunck
Kondak
Bloggatastic means "blog that is fantastic". Or "fantastic blog". So, it should be fantastic. Haha.
 
Note: This blog will look like crap if you open it using Internet Explorer. Please use Firefox (a.k.a. Mozilla Firefox) to see correctly. Click the button below to get it:-
RSS